Wednesday, December 16, 2009

embrace 2010 new style!!!!

gambar kesuluruhan

TAMA SK525-BK Superstar Drum set single padel + SABIAN B8 Super Set Cymbals

IBANEZ TBX150H Guitar Amp Head Tone Blaste + IBANEZ TB412A Speaker Cabinet 4'x12'


PEAVEY Session Bass Amp + SWR Working Pro 4x10' Cabinet Bass


IBANEZ TBX150H Guitar Amp Head Tone Blast + LANEY GS412LA Guitar Enclosure 240w

Selepas ini pihak embrace akan menggunakan alat-alat muzik sendiri. Pihak Embrace tidak akan menaikkan harga sewa dan barang untuk kepuasan semua pihak. Pihak Embrace mengharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan sokongan demi scene kita yang hampir mati ini. Sekian Terima kasih...

Wednesday, December 9, 2009

Jan 10th 2010 "Pisschrist Live In JB"

Jan 02 2010 "Wrath Of Blood Feast"


Pembukaan Show untuk tahun 2010.
Wah ni band-band kroni namanya. Boleh dikatakan sume band member-member.Kah-roe-shi kali pertamanya perform kat JB. so ape lagi support dan enjoy gig nie!!!

Dec 13th 2009 "Distort hell punk"

Atomic Death adalah sebuah band dari Shah Alam, Selangor. Salah satu line up dia Pat member lama aku yang ajar aku curik roti high5 kat kedai runcit minachi Shah Alam.

Monday, October 26, 2009

Dec 6th 2009, Ways to Bleed On Stage -show terakhir lebih dari 8 band

Ini adalah flyer yang terakhir untuk lebih dari 8 band.Selepas ni sesiapa yang organise lebih dari 8 band, kami tidak akan bekerjasama dengan mereka. Sekian Harap maklum.

Wednesday, October 21, 2009

Tergempar!!!!

Kepada pembaca-pembaca yang dihormati.

Disini pihak Embrace Hall ingin mengumumkan kepada semua gigs organizer tempatan mahupun diluar negeri tentang gigs yang selalu berlangsung di Embrace Hall.

Ia mengenai band-band yang terlibat dalam sesuatu anjuran.

Pihak Embrace Hall setakat ini berpuas hati dengan semua pihak gig organizer yang menganjur di Embrace Hall.

Setakat ni tiada apa-apa berlaku dan semua band yang beraksi setakat ni memang hebat-hebat belaka.

Pihak Embrace Hall berpuas hati dengan respond yang terbaik dari pihak organizer dan band yang tiada unsur-unsur yang menjengkelkan pihak Embrace Hall.

Tetapi dari pemerhatian pihak Embrace Hall ada kelemahan-kelemahan yang patut pihak Embrace Hall bertindak untuk menjadikan pengurusan lebih efisien.

Apa yang Pihak Embrace Hall perhatikan ialah gig organizer tidak harus menjemput sehingga terlalu banyak band untuk membuat persembahan.

Kerana Band terasa singkat dan tidak cukup puas untuk membuat persembahan.

Crowd merasa bosan menunggu untuk melihat band perform kerana masa yang diambil terlalu lama sehingga lewat malam.

Risiko barang-barang muzik untuk rosak adalah tinggi dan akan merugikan pihak Embrace Hall.

Demikian Pihak Embrace Hall terpaksa mengumumkan bahawa setiap organizer tidak dibenarkan menjemput sehingga lebih dari 8 band untuk membuat sesuatu persembahan di Embrace Hall berkuatkuasa selepas tarikh 21 November 2009.

Pihak Embrace Hall berhak menolak permintaan dari mana-mana pihak organizer yang ingin membuat persembahan lebih dari 8 band.

Pihak Embrace Hall tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa berlaku jika pihak gigs organizer telah menjemput telalu banyak band kerana pihak gigs organizer tidak membuat perbincangan dahulu dengan pihak Embrace Hall.

Pihak Embrace terpaksa menjaga semua pihak demi keamanan bersama.

Sekian Harap Maklum

Pihak Embrace Hall

Thursday, October 1, 2009

Always Last "antidotes"CD is Out Now!!!

Bagi sesiapa peminat punk rock seperti Bad Religion & NOFX. Ini dia band dari KL iaitu "Always Last" dengan keluaran "Full Length"nya yang pertama. Mood muzik yang aggresif dicampur dengan alunan melodi memang sesuai kepada sesiapa yang berjiwa muda. Nak tahu lebih lanjut, CD mereka akan dipasarkan ke kedai-kedai muzik berhampiran anda. Dapatkan ia sekarang sementara stok masih ada.

Wednesday, September 23, 2009

selamat hari raya!!!!


selamat hari raya kepada semua kawan-kawan yang aku kenal diluar sana. Nak buat open house? Nanti dulu pasal Embrace Hall hari-hari buat party. Aku pun dah tak tau maner 1 aku nak cakap open house. Bagi sesape takde tempat untuk buat open house kat embrace pun bole buat open house. Roger roger je kiter orang. Jangan datang berlenggang plak. Sendiri pahamlah bawak apa yang patut.....

Friday, September 11, 2009

Release Party october 3rd 2009!!!!


Gig untuk opening selepas cuti sebulan berpuasa. Timi cakap ngan aku sape bawak kuih raya time nie dapat diskaun. Kalo tak caya tanya dia. Kalo dia bohong aku, aku bohong ko gaklah. hahahaha....

Thursday, September 10, 2009

adakah aku kini sudah tua?


Hari ini hari sejarah aku buat kali ke -28. Terima kasih buat semua yang mengucapkan selamat harijadi kepada aku dan juga kawan-kawan yang membuat parti hari jadi aku paling awal iaitu 5hb tu hari. Aku amat menghargainya dan ingat sampai mati punya. Orait jom Party! Usia masih muda beb!!!!

Wednesday, September 9, 2009

Gedung Kartun Berada Di Johor Sekarang!!!


Majalah kontroversi lagi panas sekarang sudah ada di Johor. Bagi sesiapa yang berada di johor ingin memilikinya, sila dapatkannya secepat mungkin. Stok Terhad!!! Harga tidak termasuk pos penghantaran.

Thursday, September 3, 2009

I love u all forever!!!



Malam semalam memang seronok buat aku. Memang betul-betul enjoy. Kelmarin aku bangun dari tidur untuk pergi kerja aku terperanjat disebelah aku ada seorang budak yang berambut trojan yang bernama Jashir. Aku menjadi pelik dan hairan kerana kedatangan dia tidak memberi apa-apa notis. Didalam pelik dan hairan perasaan aku terlalu gembira kerana mereka masih mengingati Embrace Hall. Terlalu lama aku tidak berjumpa dengan mereka dan aku sering berfikir negatif bahawa mereka sudah serik untuk melepak di sini. Tetapi jangkaan aku terpesong, mereka masih ingat lagi.

Perjumpaan mereka disambung lagi apabila Maria bercadang untuk berbuke bersama di Rawa SteamBoat Restorant. Tempat tu memang cool. Bab masak-memasak memang hobi aku. Aku syok masak-memasak sehingga aku makan pun taklah banyak sangat. Tapi aku memang betul-betul happy. Bagi aku cara macam tu sudah cukup untuk aku bergembira. Inilah kepuasan maksimum untuk aku lari dari segala ragam dunia yang aku tempuhi selama ini.

Tidak puas di Rawa kami bersambung party kami di Embrace Hall. Bermacam-macam aktiviti yang dilakukan untuk mencapai tahap gembira yang maksima. Walaupun mereka pergi ke dunia galaksi tanpa membawa aku tapi aku gembira dapat melambaikan tangan kepada mereka di atas sana. Aku memang gembira kerana lihat mereka semua dah terbang ke galaksi yang tinggi. Semalam merekalah yang memecahkan kesunyian di Embrace Hall. Membawa senyuman yang besar kepada aku.

Aku tahu segala kegembiraan yang aku lalui semalam tidak akan terus sampai bila-bila tetapi harapan aku agar meraka tidak melupakan Embrace Hall. Terima kasih untuk semua dan aku harap agar segala liku-liku dan panca-roba dunia yang amat perit ini dapat kita tempuhi dengan hati yang tenang. Harapan untuk semua!!!!

Tuesday, September 1, 2009

I love Rancine Roosenda a.k.a Mayang Sari.....lalalalalala


walaupun kerk ada siAmber Chia, Ad si budak panjang rambut pendek ada Misa Campo tetapi aku ader Rancine Roosenda.

5 yang menarik pada Rancine Roosenda dalam cerita Tarik Jablik:
1) Cara pemakaiannya yang ringkas tak branded dan tak hot.
2) Rupa dia yang ayu boleh memilih menjadi seorang mekanik motor sebagai karier kerja dia. Susah nak carik perempuan macam tu.
3)Komited apabila melakukan sesuatu kerja.
4) Dia tak cerewet.
5) Dia cantik lagi menawan.

Aku harap aku akan jumpa seorang wanita seperti itu.Aminnnnnnn

kerana 2 ekor babi buncit bergaduh, aku sitikus gemok tercepet di tengah-tengah.....bangsat!!!

Pejam celik pejam celik dah 6 bulan aku tinggal kat Embrace hall. Macam-macam benda aku dah buat. Dari keadaannya seperti rumah hantu aku bersihkan sampai nampak seperti rumah. Aku memang berpuas hati dengan kemajuan keadaan Embrace Hall setakat ini. Ramai kawan-kawan memberi sokongan terutama Mr Kerk a.k.a Mr Rocky Junky yang telah banyak memberi bantuan tidak kira dari sokongan moral, jasmani dan lain lain lagi. Tak lupa juga pada kawan-kawan yang lain seperti Apek, Rizman, Ajie dan lain-lain lagi yang selalu menghabiskan masa di sini. Terima kasih untuk engkau orang semua.

Aku dah mula sebati dengan kehidupan harian aku di sini walaupun ia masih belom di tahap ruang yang selasa untuk aku. Aku amat berpuas hati.Di dalam benak aku macam-macam benda untuk aku jadikan Embrace Hall ini adalah satu tempat yang menarik. Cadangan, pandangan dan saranan menjadikan sumber rujukan aku dari sahabat-sahabat yang aku kasihi.

Tetapi aku menjadi tidak sedap hati dan risau apabila aku menerima berita bahawa pemilik kedai yang aku sewa telah dibeli oleh orang lain. Pertemuan aku dengan pemilik baru memberi satu kejutan kepada aku kerana pemilik lama kedai aku tidak memberi tahu apa-apa tentang penukaran pemilik. Pemilik baru memberi keyakinan kepada aku bahawa dia tidak membuat apa-apa setakat ini terhadap apa aktiviti yang aku lakukan. Aku mula tidak sedap hati.

Semalam aku bertemu lagi pemilik yang baru untuk menyerahkan dokumen perjanjian sewa beli antara aku dengan pemilik lama. Kemudian dia memberitahu kepada aku bahawa aku perlu membayar deposit 2 bulan serta 1 bulan sewa. Aku memberi tahu kepadanya bahawa aku telah menjelaskan wang deposit kepada pemilik lama. Dia memberitahu kepada aku sekarang aku berurusan dengan pemilik baru oleh itu perjanjian baru akan dibuat. Aku memang tidak akan membayar 1 sen pun untuk deposit tersebut. Aku hanya berkata kepada pemilik baru bahawa aku akan tuntut wang deposit dari pemilik lama.kemudian baru aku boleh bayar wang tuntutan deposit kepada dia. Dia memberitahu aku bahawa dia perlukan secepat mungkin.

Dalam perjalanan pulang aku cuba menghubungi pemilik lama, tiada jawapan darinya. Kemudian aku cuba menghubungi Agen Hartanah yang mengrekemenkan kat aku tempat itu. Panggilan diterima dan aku terus menanyakan tentang hal prosedur bayaran deposit dahulu. Agen itu memberi tahu aku bahawa pihak pemilik lama dengan pihak pemilik baru telah bergaduh. Ini buat aku bingung. Kalau nak bergaduh pun janganlah libatkan aku. Kalau perniagaan aku untung berjuta-juta bolehlah cerita. Apalah dugaan aku kena macam ni?

Monday, August 31, 2009

makan+tengok TV+tengok Amber Chia+tido=aktiviti bulan puasa

Bulan puasa memang aktiviti paling slow. Pergi kerja pun tak banyak tugas nak dibuat. Suruh orang buat kerja itu kerja ini pastu melayan Facebook sampai lebam. Memang kerja macam ni tak best langsung. Aku impikan kerja yang betul-betul ada kehidupan. Tapi boleh ke dengan hidup kerja yang betul-betul ada kehidupan. Memang merumitkan kalau pikir balik pasal benda ni. Tapi itulah hakikat yang kita harus tempuhi.

Kalau kita fikir pasal duit, sampai mati pun takkan puas untuk carik duit. Aku memang bertekad untuk taknak jadi hamba duit. Aku nak duit tu jadi hamba-hamba aku. Mungkin orang yang baca penulisan aku ni menganggap orang gila tapi itulah hakikatnya orang sekarang ramai yang mengabdikan diri pada duit. Dari semua aspek semua akan memandang pada duit. Kalau nak nampak bergaya mesti berimejkan barang-barang berjenama baru, orang-orang dan awek-awek akan terpegun dan kagum terhadap si pemakainya. Kalau nak merisik anak dara orang mesti tunjukkan material seperti kereta, pakaian yang bergaya serta karier kerja yang bagus, kalau nak kahwin mesti paling mewah dan meriah, dah kahwin mengidam untuk rumah besar kereta mewah dan lepas tu macam-macam lah.

Semua ini adalah materialisme. Ramai orang kita tak perasan bahawa mereka dah terjerumus dalam kelompok materialistik. Macam-macam hal dan macam-macam ragam. Orang yang berduit tak kira dari hasil yang betul atau tidak mesti akan dipandang mulia. Memang tak salah untuk menjadi kaya. Tapi biarlah dari jalan yang betul.

Aku mulai sedar dengan dunia yang tiada kehidupan menjadikan kehidupan aku sia-sia. Mulai hari ini aku memikirkan bagaimana jalan untuk aku lari dari sistem yang menyebabkan aku hamba pada sistemnya. Aku percaya apa yang aku fikirkan dan ape yang aku lakukan adalah betul.

Aku ada teringat formula mentaliti orang sekarang iaitu "hidup berwang tapi tiada kehidupan, hidup berkehidupan tapi tiada wang". Maksud formula diatas adalah disebabkan oleh kita yang telah menjadi mangsa sistem. Aku sedang mengkaji untuk mendapatkan satu formula "hidup berwang dan berkehidupan". Adakah impian aku ini akan berjaya?

Sunday, August 23, 2009

mak aku masuk hospital lagi....(pt2)

08/19/2009-rabu jam 6ptg: Aku balik kerja terus ke hospital untuk melihat mak aku lagi. Keadaan wajah mak aku makin ok dari sebelom itu. Doktor Low telah memeriksa mak aku. keputusannya amat meyakinkan aku. Dia memberitahu aku bahawa keadaan mak aku memang sukar untuk dipulihkan dan sekarang mak aku hanya bergantung kepada ubat. dia menjelaskan kepada aku bahawa jika sebuah hati telah rosak dan tidak berfungsi dengan baik maka risiko untuk mak aku menghidap pelbagai penyakit amatlah tinggi. Oleh itu mak aku harus memakan ubat mengikut dos yang doktor tetapkan. Aku akan cuba ikhtiar cara lain.

08/19/2009-rabu jam 8mlm: Aku terima SMS dari adik aku Elmi. Dia mengatakan semua majlis Konvokesyennya berjalan lancar. Walaupun tiada ahli keluarga menyambut bersama dia tetapi dia tetap gembira.Dia mengatakan kepada aku bahawa dia akan pulang esok petang. Aku mengatakan ok kepadanya dan status mak ok dari sebelomnya.Adik aku mengirim salamnya kepada aku untuk mak. Aku memberi tahu kepada mak aku bahawa Majlis Konvokesyen Elmi berjalan dengan lancar. Mak aku sebak dan sedih kerana tidak dapat bersama untuk memeriahkan hari yang cukup bersejarah buat anaknya iaitu Elmi.

08/20/2009-khamis jam 9 pagi:Aku pergi kerja seperti sedia kala. Rakan-rakan kerja aku memberi kata-kata semangat kepada aku. Aku betul-betul terharu dan berterima kasih untuk mereka semua.

08/20/2009-khamis jam 12tghari: Adik aku Nisa mengSMS aku bahawa mak boleh pulang pada hari jumaat. Aku merasa gembira kerana mak aku akan bersama keluarga pada hari puasa nanti. Kemudian aku SMS juga kepada Elmi. Elmi telah membalas dan mengatakan bahawa jubah untuk majlis konvokesyennya masih belom dipulangkan lagi dan merancang untuk mengambil gambar bersama keluarga di Johor Bahru. Aku terus mencadangkan kepada adik aku untuk bergambar secara profesional bersama rakan aku yang bernama Jimbo. Jimbo adalah rakan lama aku yang menceburi dalam bidang photographer. Elmi bersetuju untuk bergambar bersama Jimbo.


08/20/2009-khamis jam 5ptg: Elmi mengSMS aku, dia sudah tiba di terminal Larkin. Izan akan mengambilnya di sana.

08/20/2009-khamis jam 7mlm:Aku bertolak dari tempat kerja ke hospital untuk melawat mak aku. Elmi sudah sampai dahulu melawat mak. Aku merasa bersyukur bahawa mak aku akan keluar esok. Aku berbual-bual kosong bersama Elmi sehinggat lewat malam. Aku menghantarnya kerumah Izan kemudian aku pulang ke Embrace.


08/21/2009-jumaat jam 9pagi: Aku pergi ke tempat kerja dahulu. Mengemas kini semua jadual kerja serta memberi nota-nota kerja untuk rakan-rakan kerja aku.


08/21/2009-jumaat jam 1030pagi: Elmi mengSMS aku bahawa mak dah bole keluar. Aku membalas kepadanya sebentar lagi akan aku kesana.


08/21/2009-jumaat jam 11pagi: Aku tiba di hospital, mak aku masih di katilnya. Kemudian aku ke pejabat hospital untuk menanyakan adakah mak aku bole discharge?Orang pejabat tersebut memberitahuku masih menunggu keputusan insurance mengenai status pembayaran.

08/21/2009-jumaat jam 12tghari: Keputusan insurance masih belom keluar. Aku memberitahu Elmi dan mak bahawa aku ingin balik ke rumah sebentar, dalam pukul 3 aku akan datang semula.

08/21/2009-jumaat jam 2.30ptg: Elmi SMS aku mengatakan keputusan dari Insurance sudah keluar. Aku terus ke hospital untuk menguruskan proses Discharge mak.

08/21/2009-jumaat jam 3ptg: Aku membawa pulang mak ke rumah Izan di Larkin. Setibanya di rumah Izan, dia telah memasak beberapa lauk pauk untuk kami semua. Apa lagi kami pun makan bersama. Selepas makan kami berbual untuk pelan bergambar bersama keluarga. Aku memberi tahu kepada mereka semua, aku mencadangkan Jimbo untuk menjadi jurugambar kami. Kami semua bersetuju.

08/21/2009-jumaat jam 9mlm: Aku menghubungi Jimbo dan menceritakan apa pelan kami. Jimbo berminat dan bersetuju. Dia mencadangkan mengambil di sebuah tempat yang mempunyai permandangan yang cantik iaitu di sebuah tasik berdekatan dengan rumahnya. Kami semua bersetuju dan menetapkan hari esok pagi pukul 7 harus berada di rumahnya. Kami semua setuju.


08/22/2009-sabtu jam 1pg: Aku menerima SMS dari jimbo mengatakan dia ada hal pada pagi tersebut dan memohon untuk ditunda pada hari esoknya. Kami semua bersetuju.

08/22/2009-sabtu jam 10pg: Aku tersedar dari tidur. Rakan sekerja aku menghubungi aku. Aku mandi kemudian bergegas ke tempat projek. Setiba di sana baru aku tahu rupanya hari ini adalah hari puasa yang pertama. Selepas selesai aku pulang semula ke Embrace. Aku sambung tidor semula.


08/22/2009-sabtu jam 3ptg: Nisa mengSMS aku mengatakan dia tidak dapat bersama untuk bergambar pada esok paginya kerana dia akan pulang ke UM pada pagi tersebut. Kemudian aku memberitahu pada Jimbo bahawa kami semua terpaksa mengambil gambar pada malam ini dan tidak perlu ke tasik yang disebutkan. Kami semua bersetuju untuk mengambil gambar dirumahnya sahaja. Jimbo pun bersetuju.

08/22/2009-sabtu jam 5ptg: Elmi mengSMS aku, menjemput berbuka bersama. Aku menjawab ok saja.

08/22/2009-sabtu jam 6.30ptg: Aku tiba ke rumah Izan. Didapati rumah tiada orang dan aku terus menghubungi adik aku Elmi. Kemudian Elmi memberitahu aku Izan menjemput semua berbuka bersama di restoran Anggun berdekatan dengan rumahnya. Aku bersetuju

08/22/2009-sabtu jam 8.30mlm: Maka kami semua bersiap-siap untuk pergi ke rumah Jimbo di Taman Puteri Wangsa. Aku mengSMS Jimbo bahawa kita orang dah bertolak ke rumahnya.

08/22/2009-sabtu jam 9mlm: Kami sudah tiba di rumah Jimbo. Kami dilayan begitu mesra sekali oleh keluarga Jimbo. Jimbo memberikan pandangan bagaimana untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik. Kami semua bersetuju dan kerja pengambaran dimulakan. Selepas pengambaran kami semua begitu gembira sekali. Pertama kami semua dapat bergambar bersama Elmi dan kedua kami semua dapat lihat keceriaan air muka mak kerana dapat bergambar bersama adik aku ketika memakai jubah. Kami semua memang betul-betul gembira.

Tamat.

Tuesday, August 18, 2009

mak aku masuk hospital lagi....

08/16/2009-ahad jam 8.30mlm : Mak aku hubungi aku menanyakan persiapan aku bersama keluarga untuk meraikan majlis konvokesyen adik aku di UKM pada 19 haribulan ini. Suara mak aku jelas menunjukkan betapa semangatnya mak aku untuk meraikan majlis adik aku sehingga berkali-kali mengingatkan aku sudah mohon cuti atau belom kerana risau aku tidak membuat persiapan awal. Aku dapat rasakan bahawa mak aku betul-betul sudah sihat, ceria dan tidak sabar menanti untuk melihat depan matanya bahawa adik aku akan menerima sijil ijazahnya. Aku memberi tahu pada mak aku, semua persiapan aku dah siapkan. Dari permohonan cuti, urusan kerja sudah aku tinggalkan memo untuk rakan-rakan kerja aku supaya mereka tidak keliru dan tak tahu tugas apa yang nak dibuat.

08/17/2009-isnin jam 9.00mlm: Elmi adik lelaki aku yang akan kami sambut bersamanya di UKM nanti telah menghubungi aku. Menanyakan aku macam mane persiapan untuk perjalanan ke Bangi esok? Aku memberitahu segala persiapan sudah sedia. Kereta aku dah hantar servis, mak dah beli segala bahan untuk memasak. pakaian sudah dikemas. segala kelengkapan dah tersedia. aku memberi tahu kepada Elmi mungkin kami sekeluarga akan menginap di rumah kawan baik aku iaitu Faizal Sarif di Puchong. Aku memberitahu pada Elmi supaya jangan membeli apa-apa makanan kerana mak akan masak banyak lauk dari JB untuk kita makan bersama. Aku hanya memberi tahu pada adik aku carik sesuatu tempat yang menarik untuk kami semua makan bersama. Elmi mengatakan itu semua tiada masalah.

08/17/2009-isnin jam 11.15mlm: Selepas selesai bekerja tiba-tiba akak aku iaitu Izan menghubungi aku mengatakan mak mengerang kesakitan lagi. Aku memberitahu Izan hantar mak semula ke Hospital. Dengan bergegas aku menghantar rakan-rakan kerja aku ke stor kemudian aku terus pergi ke Hospital. Elmi menhubungi aku mengatakan dia baru mendapat berita dari akak aku Izan. Kemudian akak aku yang sulong iaitu Lina menghubungi aku juga menerima berita yang sama.


08/18/2009-selasa jam 12.00pg: Tiba di hospital bahagian kecemasan mak aku telah dirawat. Doctor Sivakaran yang bertugas di bahagian kecemasan memberi tahu aku bahawa mak aku perlu dirawat segera tetapi katil di hospital tersebut telah penuh. Oleh itu aku terpaksa memikir cara lain. Aku meminta jasa baik dari doktor Siva untuk membantu aku supaya carik hospital mana yang ader kosong. Doktor Siva bersedia untuk bantu aku. Akhirnya ada satu hospital yang ada katil kosong untuk mak aku iaitu hospital di Wisma Maria. Aku merasa lega sekali kerana doktor Siva meyakinkan aku kerana dia cakap disitu ader 2 orang doktor pakar dalam bidang hati dan usus. Itu yang aku carik. Kemudian Elmi SMS aku mengatakan bahawa tak perlu sambut majlis konvokesyennya dan dia mengharap semua adik beradik fokus pada mak aku. Adik aku terpaksa menyambut majlis konvokesyennya tanpa ahli keluarga. Aku sebak membace SMS nya.

08/18/2009-selasa jam 2.00pg: Aku terus membawa mak aku ke hospital di Wisma Maria. Apabila tiba disana mak aku terus dibawa ke wad kecemasan kemudian terus dimasukkan ke dalam wad. Aku menemani mak aku untuk menunggu Doktor yang akan merawat mak aku sebentar lagi. Sejam kemudian Doktor Chin merawat mak aku. Aku serta adik perempuan aku Nisa hanya melihat saja ape yang Doktor Chin buat pada mak aku selama setengah jam. Selepas selasai Doktor chin hendak berjumpa dengan aku sebentar. Mak aku menghidapi penyakit yang masih samar untuk doktor tentukan.Tetapi apa yang dijelaskan risiko untuk doktor memberi keputusan mak aku menghidapi kanser adalah 90%. Doktor Chin membuat surat untuk meminta laporan dari Doktor Hospital Pakar Johor yang sebelom ini merawat mak aku untuk rujukan dia. Selepas selesai Doktor Chin menulis, dia meminta aku pergi semula membawa surat tersebut ke Hospital Pakar Johor untuk menyediakan apa yang diperlukan oleh Doktor Chin.

08/18/2009-selasa jam 3.00pg: Aku bergegas terus ke Hospital Pakar Johor. Tiba disana aku terus memberi surat Doktor Chin kepada Doktor Siva. Doktor Siva menyuruh aku tunggu sebentar untuk dier sediakan ape yang Doktor Chin perlukan. Aku menunggu diluar selama lebih kurang 1 jam. Fikiran aku tak tentu hala. Memikirkan tentang apa yang terjadi pada mak aku dan nasib adik aku yang akan menyambut hari gemilangnya tanpa seorang wakil pun. Seumur hidup mak aku tak pernah menyaksikan dan menyambut hari tuah anaknya menerima sijil seperti itu. Dia betul-betul menharapkan majlis tersebut dapat mengumpulkan semua anak-anaknya untuk memeriahkan majlis adik aku Elmi tetapi harapan tersebut lebur begitu saja. Apa malang nasib keluarga aku sehingga tuhan duga seperti ini. Apabila semua dokumen siap, aku pulang semula ke Hospital di Wisma Maria. Kemudian aku serah semua dokumen tersebut kepada adik aku Nisa dan aku memesan pada dia agar segala dokumen tersebut harus diserahkan kepada Doktor Chin awal pagi esok. Nisa menemani mak aku di wad. Aku memesan kepada Nisa tolong tengok-tengokkan mak, kalau ada apa-apa telepon aku.


08/18/2009-selasa jam 4.30pg: Aku tiba di Embrace Hall tempat tinggal aku, Kerk dan Apek. Aku lihat Apek sudah nyenyak tidur. Kerk pulak masih terkebil-kebil masih belom tidur. Aku ajak Kerk berbual-bual sehingga kami tertidur.

08/18/2009-selasa jam 11pg: Aku baru bangun tidur. Tengok telefon banyak yang misscall aku. Aku telepon balik satu persatu. Hal kerja aku pesan sila telefon Zaidi rakan sekerja aku kerana aku tak masuk kerja untuk uruskan hal mak aku. adik aku SMS suruh ke hospital. Doktor nak jumpa dengan wakil mak aku.

08/18/2009-selasa jam 12tghari: Aku tiba di hospital. Mak aku tengah dihidangkan makanan. Aku berjumpa Doktor Chin yang merawat mak aku. Untuk tanya apa status mak aku. Doktor Chin mengatakan keadaan mak aku selepas ini hanya boleh bergantung pada ubat saja. Memang tak boleh diubati. Doktor Chin memberitahu aku esok Doktor Low akan merawat mak aku juga dan tunggu ulasan dari Doktor Low esok. Aku teman mak aku sampai petang.

08/18/2009-selasa jam 5ptg: Aku pulang ke Embrace. Kerk sedang mengemas. Aku sembang ngan kerk sekejap saje. kemudian aku tertidur sampai lah ke pagi.

08/19/2009-rabu jam 9pg: Aku bangun tidur kemudian aku terus sms kepada Zaidi rakan sekerja aku untuk memberitahu bahawa aku lewat hari ini. Kemudian aku mandi-mandi terus ke hospital. Aku tak sempat berjumpa dengan Doktor Low tetapi Nisa memberitahu pada aku bahawa ulasan Doktor Low lebih kurang seperti Doktor Chin. petang nanti dia akan periksa mak aku lagi.

sambung......

Sunday, August 9, 2009

Punk + Ska+Rock+Fest - Kutumalam.......damn it!!









Show ni memang best. Embrace hall pack time nie. Sume gila babi samok layan Plague Of Hapiness. Aku tau lah POH best. tapi janganlah terus tak layan Kutu Malam. Tapi takpe show lain ader. Kutu Malam akan beraksi lagi gila babi lepas ni.

sorry lama tak update blog!!!

Sorry kengkawan semua, aku dah lama gile tak update blog aku yang tak glamour nie. Banyak benda aku lalui selama aku tidak mengupdatekan blog nie. Dari satu hal ke satu hal membuatkan rase leka dan lupe untuk menunaikan tanggungjawap aku sebagai pemilik embrace hall yang serba serbi takde. Dah 3-4 show yang aku tak update, kamera mcm babi, kerja macam sial dan macam-macam lah. Aku pun tak pasti kenapa benda ni sume boleh berlaku. bertambah kelam kabut lagi, mak aku sakit dan perlukan kos rawatan yang tinggi. Nasib baiklah aku ni dilahirkan tabah orangnye kalo orang lain tu aku raser lagi tabah dari aku kot.Nasib baiklah beban kesakitan mak aku tidak melibatkan orang lain. Aku merasa teramat lega walaupun kos rawatan mak aku membuatkan aku terus pokai. Itulah harta yang aku sayangi dan tak ternilai dengan wang ringgit. ok kengkawan aku pun tak suke sangat nak cerita emosi-emosi ni. Kalo sesape ader gambar previous show kat embrace hall, aku mintak sangat ko orang boleh lah sedekah2 kat aku skit. Aku memang kebutuhan sangat bantuan ko orang.ok kengkawan kalo ader ape2 kesilapan tolong maafkan jelah.ok tu je.

Thursday, July 16, 2009

Langkawi oh Langkawi!






Langkawi adalah tempat yang tidak akan aku lupakan kerana ia adalah tempat aku bertemu dengan kawan kawan lama aku yang aku kenali dari kampung lagi. Mengimbas kembali nostalgia pahit dan manis menjadik topik utama perbualan kita orang. Ia mempereratkan lagi hubungan kita orang sebagai sahabat. Untuk ko orang semua aku amat mencintai dan sentiasa merindui ko orang walaupun dimana ko orang berada.

Wednesday, July 8, 2009

Selamat hari jadik buat kawan aku MR KERK aka MR ROCKY JUNKY






Walaupun majlis tak lah semeriah mane tapi sekurang-kurangnya aku dah menghiburkan hati seorang kawan. kehadiran jemputan-jemputan iaitu aku dan apek menyambut birthday kerk dengan keadaan serba serbi lengkap...ader kek, air cikong, burger, french fries, sos, mayonies dan air mineral.....so selamat hari jadik kerk.....

Thursday, July 2, 2009

Amacam ada berani?

Amacam ader berani? Aku tolak murah-murah je. RM20 tidak termasuk kos penghantaran...saiz terhad saiz S saje...aku buat khas untuk awek-awek je. Amacam awek-awek punk di luar sana? Ada berani?