Tuesday, June 30, 2009
Thursday, June 25, 2009
Everybody's Enemy, Sideline dan band-band yang lain memang tendang bontot!!!
Zombie Menyerang Embrace
Ira dan DJ Vandal tido di Embrace Hall!!!
Dari kiri DJ Vandal, Ira, Kerk Razor dan Apex Terror.
Mintak maaf kengkawan aku lambat update. Memang teramat buzy gila aku melayan kerenah duniawi. Tapi apa apa pun engkau orang memang best dan friendly pada malam tu. Aku suka dengan engkau orang semua. Kerk bile lagi sepupu engkau ni nak datang lagi?
Too hot and spicy. Hehehehehe
Too hot and spicy. Hehehehehe
Friday, June 19, 2009
Tuesday, June 16, 2009
Embrace Disco Now!
Sebelom aku berhujah, aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada saudara Nas Plague Of Hapiness kerana memberi sesuatu yang amat terbaik untuk warga Embrace. Aku amat teruja sekali dan ia akan menjadik sesuatu benda yang amat berharga dan ia tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Seribu penghargaan untuk saudara Nas. Semoga anda sukses segala bidang yang anda ceburi dari warga embrace.
Ia juga berita baik bagi warga-warga lendu untuk mendapat kepuasan maksimum. Pesanan terakhir dari warga Embrace berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke rumah pada pukul 6 pagi selepas menglendu di Embrace.
p/s- Let's Dance ahak ahak! I Like It ahak ahak!
Ia juga berita baik bagi warga-warga lendu untuk mendapat kepuasan maksimum. Pesanan terakhir dari warga Embrace berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke rumah pada pukul 6 pagi selepas menglendu di Embrace.
p/s- Let's Dance ahak ahak! I Like It ahak ahak!
Monday, June 15, 2009
Cita-cita bagi orang yang suke berkubang!!!
Bagi sesiapa yang menggemarkan berkubang harus memiliki benda ni. memang tak menyesal... disebabkan kolam-kolam, lopak-lopak, sungai-sungai penuh dicemari oleh orang orang yang tidak bertanggungjawap jadik kiter perlulah mencari satu alternatif untuk mengekalkan aktiviti berkubang kita agar tidak pupus ditelan zaman.
Akan datang kalo takder apa-apa event tolong jangan ganggu aku dengan aktiviti yang tak sihat...aku nak berendam....nak berendam gak?tak lepas beb......ni aku ngan kerk(ajak-ajak ayam) je, ko orang tak leh......ok sorry beb..
Akan datang kalo takder apa-apa event tolong jangan ganggu aku dengan aktiviti yang tak sihat...aku nak berendam....nak berendam gak?tak lepas beb......ni aku ngan kerk(ajak-ajak ayam) je, ko orang tak leh......ok sorry beb..
Sunday, June 14, 2009
Aku cintakan kehijauan!tapi Kerk Bangkang.Bole ke?
kemalasan menghantui diri!!!
Backdrop yang aku buat untuk kedap bunyi. Ia masih dalam pembinaan semenjak 2 minggu lepas. Tarikh jangkaan siap 19hb ni.
Pergi kenduri kawin kawan Kerk. aku tak kenal kawan Kerk ni tapi nasi minyak dia mantap gak.Aku doakan semoga kawan Kerk ni akan bahagia hingga hari kiamat.
Disebabkan aku malas nak buat ape aku hanya pergi cuci tandas dan berhasrat menghabiskan kerja aku untuk menghasilkan "sound proove" pada backdrop aku yang terbengkalai selama 2 minggu...jawapannya tetap tak siap....hampeh betul. 20hb ni kalau tak siap gak mampus aku kena hambat ngan Abg Epul logam.
Saturday, June 6, 2009
Program Hari Sabtu 06/06/09
Note - Pukul 2.30ptg kita orang bergerak ke rumah kawan kita orang yang bernama Wak Kang kerana ada majlis kahwin abang dia. Makan nasi ayam ngan cendol. Lepas makan, salam pastu terus blah. Pukul 5 boring on the way balik tetiba spontan nak pegi berkubang. Fikir punya fikir terus pergi air terjun gunung pulai. Walaupun gunung pulai tu tak lah sehebat mana tapi semangat untuk berkubang tu tinggi. Memang puas tak terhingga. bagi sesiapa ada port utk berkubang yang terbaik sila roger-roger aku. Aku tengah gian berkubang ni.
Tuesday, June 2, 2009
Monday, June 1, 2009
kawan baik aku bertunang!
Fahmie kicap nickname yang kita orang bagi kat dia. Dia adalah kawan terbaik aku yang akan berkahwin bulan 10 ni. Dia memang layak untuk berkahwin dan aku sentiasa mendoakan dia bersama Erien akan kekal sehingga akhir hayat. Buat pengetahuan kau(Erien), Fahmie adalah orang yang terbaik dan amat bertuah engkau memiliki dia. Dia seorang yang penyanyang dan bertanggungjawab.Aku mengucapkan syabas buat kamu berdua. Sebak aku tengok gambar pertunangan engkau berdua. aku pun tak tau kenapa.........
Subscribe to:
Posts (Atom)