Tuesday, March 31, 2009

lesen oh lesen!!!

Bermula dengan pembukaan Embrace Hall macam-macam halangan aku tempuhi. Aku menjadi hairan apabila aku membuat sesuatu kerja yang berniat baik mesti banyak perkara-perkara buruk akan berlaku. Tetapi jika aku membuat sesuatu kerja yang berniat jahat mesti perkara tersebut akan berjalan dengan lancarnya. Adakah patut aku jadikkan niat baik aku mengenai Embrace Hall ini aku jadikkan sebagai niat jahat? Mungkin akan melancarkan aktiviti-aktiviti aku di sini.

Hari ini aku telefon lagi pemilik bangunan yang aku sewa untuk jelaskan segera cukai pintunya. Ini kerana dia sebagai pemilik bangunan yang mempunyai tonggakkan cukai pintu yang tinggi menyebabkan proses lesen perniagaan aku tertunda. Sungguh mengecewakan.

Aku bertekad jika pemilik kedai memberi alasan-alasan yang tidak munasabah aku tidak akan membuat apa-apa bayaran sewa selagi pemilik kedai tidak melunaskan bayaran tersebut.

Monday, March 30, 2009

perjuangan harus diteruskan



Walaupun keadaan memaksakan aku membatalkan parti pelancaran Embrace Hall pada 4hb april ini. Semangat perjuangan aku untuk terus berusaha tidak akan terpadam.

misi pertama komplit


barang barang yang belom habis disusun

operasi tampal poster 1

operasi tampal poster 2

misi pertama kami komplit

macam mana nak ke embrace hall ni?


Bagi kawan-kawan yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke lokasi Embrace hall. Ada pengangkutan alternatif seperti teksi dan bas. Dari bandar Johor Bahru kira-kira 30 minit menggunakan perkhidmatan awam(bas no.301, 221, 501, 111s) ke arah Taman Perling. Bas akan melalui lebuhraya ke laluan kedua ke Singapura.Lokasi untuk turun dari kenderaan awam adalah selepas bangunan YPJ Holding Bhd dan stesen minyak Petronas di sebelah kiri. Kemudian bas akan berhenti di perhentian bas dan anda akan melalui jejantas untuk melintas jalan. Anda akan melihat stesen minyak Shell. Kedudukan Embrace Hall terletak di belakang stesen minyak shell tersebut. Deret-deret dengan kedai Warong Siber dan Kedai Ramalan TOTO.

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, anda jalan kearah laluan kedua ke Singapura. kemudian amik pusingan "U" di Taman Perling. Sehingga anda lihat Shell anda belok ke kiri kemudian belok ke kiri lagi di simpang pertama dan belok ke kiri lagi di simpang yg terakhir kemudian anda cari di deretan kedai- kedai tersebut.

Jika anda gagal juga untuk ke lokasi anda disarankan menghubungi di talian 017-7567227. Sekian Terima Kasih.

terma dan syarat untuk semua penganjur

Terma Dan Syarat Untuk Penganjur Majlis

1) Setiap Penganjur majlis hendaklah menjemput kumpulan-kumpulan muzik, label-label muzik dan kompeni-kompeni pakaian yang tidak terlibat atau terikat pada mana-mana syarikat muzik korporat dan arus perdana.

2) Pihak Penganjur yang ingin menganjur majlis ditempat kami (Embrace) hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap seperti latar belakang kumpulan-kumpulan muzik tersebut, material seperti "demo/rehearsal" didalam bentuk CD, kaset atau vinyl. PihakPenganjur juga hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap label-label muzik dan kompeni-kompeni pakaian yang ingin menjual dan mempamer untuk rujukan pihak kami (Embrace). Pihak kami (Embrace) berhak melarang mana-mana kumpulan muzik, label muzik atau kompeni pakaian dari membuat persembahan, menjual dan mempamer ditempat kami (Embrace) jika didapati mempunyai sikap atau apa saja elemen-elemen yang berunsurkan negatif, diskriminasi atau terlalu provokatif.

3) Pihak kami (Embrace) tidak mengalu-ngalukan sama sekali pada mana-mana Penganjur yang ingin menganjurkan majlis yang berunsurkan fahaman yg berbau kepada kepentingan mana-mana parti politik nasional atau unsur-unsur negatif seperti perkauman, diskriminasi, dadah, seks bebas, dan pemujaan.

4) Setiap Penganjur hendaklah mengeluarkan iklan majlis mereka disertakan sekali dengan contoh-contoh ayat seperti:

-"No Drugs" – Tiada Dadah

-"No Sexual Activity" – Tiada Aktiviti Seks

-"No Alcohol" – Tiada Alkohol

-"No Racism" – Tiada Perkauman

-"No Facism" – Tiada Fasisme

-"No Discrimination" – Tiada Diskriminasi

-"No Political Parties" – Tiada Parti Politik

-"All Ages" – Untuk Semua Umur

-"All Races" – Untuk Semua Bangsa

atau lain-lain lagi yg mempunyai maksud atau makna positif.

5) Setiap Penganjur hendaklah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap pengunjung tahu dan peka akan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kami (Embrace).

6) Setiap Penganjur yang menganjurkan majlis tidak dibenarkan menyediakan elemen-elemen terlarang seperti minuman keras, dadah, rokok, senjata dan seumpamanya.

7) Pihak kami (Embrace) tidak akan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku didalam dan diluar tempat kami (Embrace) seperti pergaduhan, rusuhan, kekacauan dan lain lain lagi sehingga menyebabkan majlis terhenti. Pihak Penganjur harus mengawasi dan bertanggungjawab jika situasi tersebut berlaku. Jika pihak Penganjur gagal mengawal situasi tersebut, pihak kami(Embrace) terpaksa membuat laporan kepada pihak Polis kerana ini adalah diluar bidang kuasa kami (Embrace).

8) Pihak kami (Embrace) menetapkan waktu anjuran majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 7.00 malam. Jika Pihak Penganjur ingin membuat persembahan di luar jangkaan waktu kami (Embrace) sila usulkan kepada pihak kami (Embrace) dengan kadar yang segera.

9) Pihak kami (Embrace) tidak beroperasi pada bulan puasa iaitu bulan Ramadhan.

10) Pihak kami (Embrace) berhak membatalkan segala majlis yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur jika Pihak Penganjur didapati tidak mematuhi segala terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kami (Embrace).

Sepuluh perkara diatas ini harus dan wajib dipatuhi, jika tidak pihak kami (Embrace) berhak untuk mengenakan tindakan yang setimpal kepada mana-mana pihak yang melanggar satu atau lebih ke atas syarat-syarat yg telah ditetapkan.

Terma Pembayaran

1) Kepada pihak Penganjur yang telah bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Pihak kami menetapkan bayaran sewa ruang majlis sebanyak RM750 (Tujuh Ratus Lima Puluh Sahaja) beserta peralatan muzik iaitu:

- 5 unit drumset yamaha + twin pedal.

- 1 unit 100w laney gitar amp.

- 1 unit marshall gitar amp.

- 1 unit 30w peavey bass amp.

- 2 unit PA speaker.

2) Pihak Penganjur hendaklah menyertakan sekali wang amanah sebanyak RM150 (Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) sebagai wang jaminan untuk harta-benda kami. Jika tiada berlaku kerosakan dan kehilangan selepas majlis, pihak kami (Embrace) akan memulangkan semula wang amanah kepada Penganjur selepas 3 hari waktu majlis tamat.

3) Pihak Penganjur hendaklah menjelaskan pembayaran sewa dan wang amanah sepenuhnya seminggu lebih awal dari tarikh majlis yang telah ditempah, jumlah tersebut ialah sebanyak RM900(Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja).

4) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk memulangkan semula wang pembayaran sewa jika pihak Penganjur membuat perubahan dan pembatalan selepas seminggu sebelum tarikh majlis yang ditempah. Pihak kami (Embrace) hanya bertanggungjawab memulangkan wang amanah sebanyak RM150(Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) kepada pihak Penganjur berkenaan.

5) Pihak kami (Embrace) bertanggungjawap untuk memulangkan wang pembayaran jika berlaku kesulitan seperti gangguan elektrik yang berpanjangan,yang tidak dapat dielakkan oleh pihak kami (Embrace).

5) Segala pembayaran tertakluk kepada terma dan syarat.

yang benar,

Pihak Pengurusan Embrace

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya / Kami ( Label / Organisasi/ Individu ) ..........................................bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Embrace seperti perkara diatas.

Terima kasih

Nama:.........................…………………………………….....

No. Kad Pengenalan:.........................…………………….....

Nama Label/Organisasi (jika ada):.........................…….......

Tandatangan dan Cop (jika ada):......................………….....

Sunday, March 29, 2009

bersantai selepas penat bekerja



Kerja-kerja kontrak ni memang sungguh memenatkan. Tetapi jika selepas selesai membuat kerja rasa sungguh tenang sekali ketika melihat hasil kemajuan tersebut. Gambar-gambar dibawah adalah gambar kawan-kawan selepas melepak di kedai Osman. Tiada aktiviti pekerjaan ketika ini.

kerja kerja binaan yang telah disempurnakan

ruang rehat / opis
ruang untuk "info shop"
ruang pengunjung
pentas persembahan

proses pembikinan

Embrace Hall di inspirasi dari beberapa sumber yang mendesak untuk aku menubuhkannya. Contoh hasil-hasil dari sekeliling aku dan info-info yang aku dapat dari luar melalui internet dan mana-mana media massa menjadi rujukan aku. Naluri aku tergerak disebabkan oleh pembubaran soundtech(kalau tak silaplah ini adalah namanya) di Tmn Universiti, Skudai. Tempat karya-karya seni muzik bebas banyak lahir dari sini. Kemudian aku dapat rasakan makin lama makin susut kemunculan band-band baru yang sebelom ini aku dapat lihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan muzik bebas terasa semakin terancam disebabkan pengaruh muzik bebas dieksploitasi oleh orang-orang yang tidak kenal erti seni dan tidak ikhlas demi keuntungan semata-mata. Memang jika kita lihat betapa fanatiknya mat-mat dan gadis-gadis yang mengaku dirinya indie dapat melihat band-band kegemaran mereka tetapi jika kita fikir sekejap adakah pentas itu hanye khas untuk band-band yang kita gemari? Adakah ada peluang band yang mempunyai bakat tetapi belom ada nama untuk diberi perhatian? Mungkin bagi pengurus acara ada berfikir sebegitu tetapi disebabkan kos yang tinggi untuk menyewa menjadikan pihak pengurus acara terpaksa memilih band-band yang dikatakan sudah ada nama dan mempunyai peminat yang ramai untuk pulangan modal. Akhirnya band-band yang mempunyai bakat terkubur begitu sahaja.
Embrace Hall bukan sekadar tempat yang dilahirkan untuk pementasan muzik sahaja, tetapi ia lebih dari itu. Pelbagai fungsi yang akan kami programkan seperti pementasan teater, bengkel seni, forum, pameran, persembahan filem filem bebas dan lain lain lagi. Bagi mana-mana band yang masih belom diberi peluang sila add myspace anda di
www.myspace.com/warongembrace
untuk rujukan kami.
Terima Kasih.

selamat datang ke alam embrace


Hello kawan-kawan terima kasih kerana sudi masuk ke blog ni. Embrace Hall ni belom mula beroperasi disebabkan kerja-kerja mendekorasi masih dalam pembikinan dan lesen premise pun masih belom dikeluarkan lagi. Setakat ini aku dibantu oleh En Kerk dan kawan-kawan yang lain mengemas sedikit demi sedikit untuk keselesaan kita orang yang akan jadikkan embrace hall sebagai tempat tinggal baru kita orang. Terima kasih untuk segalanya kepada En Kerk kerana sudi membantu aku dan En Ajie kerana sudi menyumbang beberapa flyer-flyer dan poster untuk aku hiaskan dalam Embrace Hall ni.