Wednesday, October 21, 2009

Tergempar!!!!

Kepada pembaca-pembaca yang dihormati.

Disini pihak Embrace Hall ingin mengumumkan kepada semua gigs organizer tempatan mahupun diluar negeri tentang gigs yang selalu berlangsung di Embrace Hall.

Ia mengenai band-band yang terlibat dalam sesuatu anjuran.

Pihak Embrace Hall setakat ini berpuas hati dengan semua pihak gig organizer yang menganjur di Embrace Hall.

Setakat ni tiada apa-apa berlaku dan semua band yang beraksi setakat ni memang hebat-hebat belaka.

Pihak Embrace Hall berpuas hati dengan respond yang terbaik dari pihak organizer dan band yang tiada unsur-unsur yang menjengkelkan pihak Embrace Hall.

Tetapi dari pemerhatian pihak Embrace Hall ada kelemahan-kelemahan yang patut pihak Embrace Hall bertindak untuk menjadikan pengurusan lebih efisien.

Apa yang Pihak Embrace Hall perhatikan ialah gig organizer tidak harus menjemput sehingga terlalu banyak band untuk membuat persembahan.

Kerana Band terasa singkat dan tidak cukup puas untuk membuat persembahan.

Crowd merasa bosan menunggu untuk melihat band perform kerana masa yang diambil terlalu lama sehingga lewat malam.

Risiko barang-barang muzik untuk rosak adalah tinggi dan akan merugikan pihak Embrace Hall.

Demikian Pihak Embrace Hall terpaksa mengumumkan bahawa setiap organizer tidak dibenarkan menjemput sehingga lebih dari 8 band untuk membuat sesuatu persembahan di Embrace Hall berkuatkuasa selepas tarikh 21 November 2009.

Pihak Embrace Hall berhak menolak permintaan dari mana-mana pihak organizer yang ingin membuat persembahan lebih dari 8 band.

Pihak Embrace Hall tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa berlaku jika pihak gigs organizer telah menjemput telalu banyak band kerana pihak gigs organizer tidak membuat perbincangan dahulu dengan pihak Embrace Hall.

Pihak Embrace terpaksa menjaga semua pihak demi keamanan bersama.

Sekian Harap Maklum

Pihak Embrace Hall

3 comments:

  1. alamak bro!! tak gempak lar tunggu smpai lewat malam. ataupun lu ni anak mak?? kene blik awal??! hehe..ape2 pown..lu punye tempat memang da best lar!!!

    ReplyDelete
  2. Kepada Dangerous Is My Middle Name - Kena ambik kira la faktor luaran. Memang la kita nak happy2 but if something goes wrong, tak ke haru. Paham2 sendiri la kan...Fahmy, sorry ah aritu Langgar Lari x dapat perform. Lu pergi marah Am. Dia punya pasal.

    ReplyDelete
  3. Ya.. aku sangat setuju dengan syarat tu walaupun aku takde kena mengena dengan embrace hall hehe.. 8 dah cukup cantik dah.

    ReplyDelete