08/19/2009-rabu jam 6ptg: Aku balik kerja terus ke hospital untuk melihat mak aku lagi. Keadaan wajah mak aku makin ok dari sebelom itu. Doktor Low telah memeriksa mak aku. keputusannya amat meyakinkan aku. Dia memberitahu aku bahawa keadaan mak aku memang sukar untuk dipulihkan dan sekarang mak aku hanya bergantung kepada ubat. dia menjelaskan kepada aku bahawa jika sebuah hati telah rosak dan tidak berfungsi dengan baik maka risiko untuk mak aku menghidap pelbagai penyakit amatlah tinggi. Oleh itu mak aku harus memakan ubat mengikut dos yang doktor tetapkan. Aku akan cuba ikhtiar cara lain.
08/19/2009-rabu jam 8mlm: Aku terima SMS dari adik aku Elmi. Dia mengatakan semua majlis Konvokesyennya berjalan lancar. Walaupun tiada ahli keluarga menyambut bersama dia tetapi dia tetap gembira.Dia mengatakan kepada aku bahawa dia akan pulang esok petang. Aku mengatakan ok kepadanya dan status mak ok dari sebelomnya.Adik aku mengirim salamnya kepada aku untuk mak. Aku memberi tahu kepada mak aku bahawa Majlis Konvokesyen Elmi berjalan dengan lancar. Mak aku sebak dan sedih kerana tidak dapat bersama untuk memeriahkan hari yang cukup bersejarah buat anaknya iaitu Elmi.
08/20/2009-khamis jam 9 pagi:Aku pergi kerja seperti sedia kala. Rakan-rakan kerja aku memberi kata-kata semangat kepada aku. Aku betul-betul terharu dan berterima kasih untuk mereka semua.
08/20/2009-khamis jam 12tghari: Adik aku Nisa mengSMS aku bahawa mak boleh pulang pada hari jumaat. Aku merasa gembira kerana mak aku akan bersama keluarga pada hari puasa nanti. Kemudian aku SMS juga kepada Elmi. Elmi telah membalas dan mengatakan bahawa jubah untuk majlis konvokesyennya masih belom dipulangkan lagi dan merancang untuk mengambil gambar bersama keluarga di Johor Bahru. Aku terus mencadangkan kepada adik aku untuk bergambar secara profesional bersama rakan aku yang bernama Jimbo. Jimbo adalah rakan lama aku yang menceburi dalam bidang photographer. Elmi bersetuju untuk bergambar bersama Jimbo.
08/20/2009-khamis jam 5ptg: Elmi mengSMS aku, dia sudah tiba di terminal Larkin. Izan akan mengambilnya di sana.
08/20/2009-khamis jam 7mlm:Aku bertolak dari tempat kerja ke hospital untuk melawat mak aku. Elmi sudah sampai dahulu melawat mak. Aku merasa bersyukur bahawa mak aku akan keluar esok. Aku berbual-bual kosong bersama Elmi sehinggat lewat malam. Aku menghantarnya kerumah Izan kemudian aku pulang ke Embrace.
08/21/2009-jumaat jam 9pagi: Aku pergi ke tempat kerja dahulu. Mengemas kini semua jadual kerja serta memberi nota-nota kerja untuk rakan-rakan kerja aku.
08/21/2009-jumaat jam 1030pagi: Elmi mengSMS aku bahawa mak dah bole keluar. Aku membalas kepadanya sebentar lagi akan aku kesana.
08/21/2009-jumaat jam 11pagi: Aku tiba di hospital, mak aku masih di katilnya. Kemudian aku ke pejabat hospital untuk menanyakan adakah mak aku bole discharge?Orang pejabat tersebut memberitahuku masih menunggu keputusan insurance mengenai status pembayaran.
08/21/2009-jumaat jam 12tghari: Keputusan insurance masih belom keluar. Aku memberitahu Elmi dan mak bahawa aku ingin balik ke rumah sebentar, dalam pukul 3 aku akan datang semula.
08/21/2009-jumaat jam 2.30ptg: Elmi SMS aku mengatakan keputusan dari Insurance sudah keluar. Aku terus ke hospital untuk menguruskan proses Discharge mak.
08/21/2009-jumaat jam 3ptg: Aku membawa pulang mak ke rumah Izan di Larkin. Setibanya di rumah Izan, dia telah memasak beberapa lauk pauk untuk kami semua. Apa lagi kami pun makan bersama. Selepas makan kami berbual untuk pelan bergambar bersama keluarga. Aku memberi tahu kepada mereka semua, aku mencadangkan Jimbo untuk menjadi jurugambar kami. Kami semua bersetuju.
08/21/2009-jumaat jam 9mlm: Aku menghubungi Jimbo dan menceritakan apa pelan kami. Jimbo berminat dan bersetuju. Dia mencadangkan mengambil di sebuah tempat yang mempunyai permandangan yang cantik iaitu di sebuah tasik berdekatan dengan rumahnya. Kami semua bersetuju dan menetapkan hari esok pagi pukul 7 harus berada di rumahnya. Kami semua setuju.
08/22/2009-sabtu jam 1pg: Aku menerima SMS dari jimbo mengatakan dia ada hal pada pagi tersebut dan memohon untuk ditunda pada hari esoknya. Kami semua bersetuju.
08/22/2009-sabtu jam 10pg: Aku tersedar dari tidur. Rakan sekerja aku menghubungi aku. Aku mandi kemudian bergegas ke tempat projek. Setiba di sana baru aku tahu rupanya hari ini adalah hari puasa yang pertama. Selepas selesai aku pulang semula ke Embrace. Aku sambung tidor semula.
08/22/2009-sabtu jam 3ptg: Nisa mengSMS aku mengatakan dia tidak dapat bersama untuk bergambar pada esok paginya kerana dia akan pulang ke UM pada pagi tersebut. Kemudian aku memberitahu pada Jimbo bahawa kami semua terpaksa mengambil gambar pada malam ini dan tidak perlu ke tasik yang disebutkan. Kami semua bersetuju untuk mengambil gambar dirumahnya sahaja. Jimbo pun bersetuju.
08/22/2009-sabtu jam 5ptg: Elmi mengSMS aku, menjemput berbuka bersama. Aku menjawab ok saja.
08/22/2009-sabtu jam 6.30ptg: Aku tiba ke rumah Izan. Didapati rumah tiada orang dan aku terus menghubungi adik aku Elmi. Kemudian Elmi memberitahu aku Izan menjemput semua berbuka bersama di restoran Anggun berdekatan dengan rumahnya. Aku bersetuju
08/22/2009-sabtu jam 8.30mlm: Maka kami semua bersiap-siap untuk pergi ke rumah Jimbo di Taman Puteri Wangsa. Aku mengSMS Jimbo bahawa kita orang dah bertolak ke rumahnya.
08/22/2009-sabtu jam 9mlm: Kami sudah tiba di rumah Jimbo. Kami dilayan begitu mesra sekali oleh keluarga Jimbo. Jimbo memberikan pandangan bagaimana untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik. Kami semua bersetuju dan kerja pengambaran dimulakan. Selepas pengambaran kami semua begitu gembira sekali. Pertama kami semua dapat bergambar bersama Elmi dan kedua kami semua dapat lihat keceriaan air muka mak kerana dapat bergambar bersama adik aku ketika memakai jubah. Kami semua memang betul-betul gembira.
Tamat.
THE RICECOOKER RADIOSHOW 2023 – REGIONAL 04
1 year ago
finally good job mok.bwk la die ronda2 kl.port umh aku sehari 2.ni kalo arwah pak ali masih ade ni mesti die bangga dgn ko nih.
ReplyDeletenk tgk gamba tu.!
ReplyDelete