Monday, March 30, 2009

terma dan syarat untuk semua penganjur

Terma Dan Syarat Untuk Penganjur Majlis

1) Setiap Penganjur majlis hendaklah menjemput kumpulan-kumpulan muzik, label-label muzik dan kompeni-kompeni pakaian yang tidak terlibat atau terikat pada mana-mana syarikat muzik korporat dan arus perdana.

2) Pihak Penganjur yang ingin menganjur majlis ditempat kami (Embrace) hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap seperti latar belakang kumpulan-kumpulan muzik tersebut, material seperti "demo/rehearsal" didalam bentuk CD, kaset atau vinyl. PihakPenganjur juga hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap label-label muzik dan kompeni-kompeni pakaian yang ingin menjual dan mempamer untuk rujukan pihak kami (Embrace). Pihak kami (Embrace) berhak melarang mana-mana kumpulan muzik, label muzik atau kompeni pakaian dari membuat persembahan, menjual dan mempamer ditempat kami (Embrace) jika didapati mempunyai sikap atau apa saja elemen-elemen yang berunsurkan negatif, diskriminasi atau terlalu provokatif.

3) Pihak kami (Embrace) tidak mengalu-ngalukan sama sekali pada mana-mana Penganjur yang ingin menganjurkan majlis yang berunsurkan fahaman yg berbau kepada kepentingan mana-mana parti politik nasional atau unsur-unsur negatif seperti perkauman, diskriminasi, dadah, seks bebas, dan pemujaan.

4) Setiap Penganjur hendaklah mengeluarkan iklan majlis mereka disertakan sekali dengan contoh-contoh ayat seperti:

-"No Drugs" – Tiada Dadah

-"No Sexual Activity" – Tiada Aktiviti Seks

-"No Alcohol" – Tiada Alkohol

-"No Racism" – Tiada Perkauman

-"No Facism" – Tiada Fasisme

-"No Discrimination" – Tiada Diskriminasi

-"No Political Parties" – Tiada Parti Politik

-"All Ages" – Untuk Semua Umur

-"All Races" – Untuk Semua Bangsa

atau lain-lain lagi yg mempunyai maksud atau makna positif.

5) Setiap Penganjur hendaklah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap pengunjung tahu dan peka akan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kami (Embrace).

6) Setiap Penganjur yang menganjurkan majlis tidak dibenarkan menyediakan elemen-elemen terlarang seperti minuman keras, dadah, rokok, senjata dan seumpamanya.

7) Pihak kami (Embrace) tidak akan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku didalam dan diluar tempat kami (Embrace) seperti pergaduhan, rusuhan, kekacauan dan lain lain lagi sehingga menyebabkan majlis terhenti. Pihak Penganjur harus mengawasi dan bertanggungjawab jika situasi tersebut berlaku. Jika pihak Penganjur gagal mengawal situasi tersebut, pihak kami(Embrace) terpaksa membuat laporan kepada pihak Polis kerana ini adalah diluar bidang kuasa kami (Embrace).

8) Pihak kami (Embrace) menetapkan waktu anjuran majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 7.00 malam. Jika Pihak Penganjur ingin membuat persembahan di luar jangkaan waktu kami (Embrace) sila usulkan kepada pihak kami (Embrace) dengan kadar yang segera.

9) Pihak kami (Embrace) tidak beroperasi pada bulan puasa iaitu bulan Ramadhan.

10) Pihak kami (Embrace) berhak membatalkan segala majlis yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur jika Pihak Penganjur didapati tidak mematuhi segala terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kami (Embrace).

Sepuluh perkara diatas ini harus dan wajib dipatuhi, jika tidak pihak kami (Embrace) berhak untuk mengenakan tindakan yang setimpal kepada mana-mana pihak yang melanggar satu atau lebih ke atas syarat-syarat yg telah ditetapkan.

Terma Pembayaran

1) Kepada pihak Penganjur yang telah bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Pihak kami menetapkan bayaran sewa ruang majlis sebanyak RM750 (Tujuh Ratus Lima Puluh Sahaja) beserta peralatan muzik iaitu:

- 5 unit drumset yamaha + twin pedal.

- 1 unit 100w laney gitar amp.

- 1 unit marshall gitar amp.

- 1 unit 30w peavey bass amp.

- 2 unit PA speaker.

2) Pihak Penganjur hendaklah menyertakan sekali wang amanah sebanyak RM150 (Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) sebagai wang jaminan untuk harta-benda kami. Jika tiada berlaku kerosakan dan kehilangan selepas majlis, pihak kami (Embrace) akan memulangkan semula wang amanah kepada Penganjur selepas 3 hari waktu majlis tamat.

3) Pihak Penganjur hendaklah menjelaskan pembayaran sewa dan wang amanah sepenuhnya seminggu lebih awal dari tarikh majlis yang telah ditempah, jumlah tersebut ialah sebanyak RM900(Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja).

4) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk memulangkan semula wang pembayaran sewa jika pihak Penganjur membuat perubahan dan pembatalan selepas seminggu sebelum tarikh majlis yang ditempah. Pihak kami (Embrace) hanya bertanggungjawab memulangkan wang amanah sebanyak RM150(Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) kepada pihak Penganjur berkenaan.

5) Pihak kami (Embrace) bertanggungjawap untuk memulangkan wang pembayaran jika berlaku kesulitan seperti gangguan elektrik yang berpanjangan,yang tidak dapat dielakkan oleh pihak kami (Embrace).

5) Segala pembayaran tertakluk kepada terma dan syarat.

yang benar,

Pihak Pengurusan Embrace

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya / Kami ( Label / Organisasi/ Individu ) ..........................................bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Embrace seperti perkara diatas.

Terima kasih

Nama:.........................…………………………………….....

No. Kad Pengenalan:.........................…………………….....

Nama Label/Organisasi (jika ada):.........................…….......

Tandatangan dan Cop (jika ada):......................………….....

1 comment:

  1. power mok power..hati2 dgn kerja pembinaan.jgn lupe pakai safety helmet dan kasut smue tuh.nnti befday ank aku ingt nk buat kat sini je.bole ke?panggil band2 mcm deepset ke..norsheila amin.care kan.tak sbonye nk beraksi di sni.

    ReplyDelete