Sunday, May 3, 2009

Tabik Hormat Untuk Kawan Lama

En Zaki Bersama Isteri Tercinta Dihadapan Kedai Embrace.
Dapatkan segera CDEP Nuisance Drilled

Kawan-kawan hari ini aku ingin memperkenalkan sahabat lama aku yang bernama En Zaki. Aku panggil dia "Zaki A Dream" pasal dia adalah seorang editor terbaik dalam hasil penulisan dan lukisan hasil tangan darinya. Sesiapa yang tak pernah dengar zine ni baik cepat-cepat carik. tak rugi beb kalo memilikinya. Terima Kasih kepada Zaki bersama isterinya yang dicintai kerana sempat meluangkan masa dengan kita orang di Embrace Hall yang tak seberapa ni. Mintak maaf banyak-banyak kepada mereka berdua kerana tiada air minuman serta jemput-jemput untuk santapan mereka. Kesempatan En Zaki untuk Embrace Hall amatlah kami hargai kerana menjadi distributer rasmi bagi salah 1 bandnya yang bernama Nuisance Drilled yang baru saja mengriliskan CDEP terbaru mereka. Kami bagi warga Embrace Hall mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Zaki. Oleh itu sesiapa yang inginkan hasil karya dari En Zaki dapatkan sekarang di Embrace Hall dengan segera. Tidak lupa juga T-shirt edisi terhad dari Nuisance Drilled masih panas di Embrace Hall.Siapa cepat dia dapat.....

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wah, siap ada entry! Ganas. Sorry la hari tu tak bawak air dan makanan ringan. Hehe. Next time aku bawa banyak-banyak, boleh minum/makan sampai muntah. Kemsalam kawan-kawan kat Embrace Hall. Ada masa kita jumpa lagi.

    ReplyDelete