Wednesday, April 15, 2009

Harapan Aku Makin Cerah!


Alangkah bahagianya aku hari ini kerana pemilik kedai yang aku sewa telah melunaskan semua pembayaran cukai pintunya yang tertunggak sebanyak RM4,831.00. Aku menjadi teramat lega dan lapang kerana proses untuk aku mendapat lesen akan diproses secepat mungkin.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih ke atas pemilik kedai iaitu Haji Jatmi Bin Pardi kerana telah membayar tepat pada masanya yang dijanjikan kepada aku sebelom ini.

Aku menghargai kerjasama beliau walaupun dia samar dengan aktiviti yang aku lakukan di tempatnya. Dia tak kisah janji tepat pada masanya pembayaran sewa mesti dibayar.

Aku akan lakukan yang terbaik.....

2 comments:

  1. haji jatmi b. pardi mmg memahami ko huhuu

    ReplyDelete
  2. haji pn nak layan gak, tak sabar nak tengok embrace tu beGeGar... benda baik tu tu, tak elok di lambat2 kan.

    ReplyDelete