Saturday, April 24, 2010

Everybody Loves Mika


jumlah kutipan bagi "benefit gig for mika" semlm adalah sebanyak 27 orang x rm15 = rm405. Kumpulan The pips menyumbang rm25 untuk Mika juga. Jadi jumlah kutipan untuk disalurkan kepada Mika semuanya adalah RM405 + RM25= RM430. Terima Kasih Sebanyak-banyaknya kepada semua yang memberi sokongan untuk jayakan majlis ni terutamanya kumpulan-kumpulan muzik seperti Pusher, Garrison, The Pips, PSB, WOD, Crossline dan OKK. Tak lupa juga kepada kawan-kawan kita yang datang jauh dari KL, JB dan kru-kru yang lain kerana meluangkan sedikit masa untuk memberi sokongan yang terbaik walaupun cuaca hujan lebat semalam. Terima Kasih kepada anda semua dan kita mengharap keadaan Mika akan beransur pulih dan sihat sejahtera hendaknya.

Wednesday, April 14, 2010

April 24th 2010 "Benefit Gig For Mika"

Dikesempatan ini selagi kami mampu. kami sedaya upaya untuk membantu sahabat kita Mika (isteri Yus Attack) yang menghadapi penyakit cancer dan memerlukan rawatan yang setimpal untuk mengubatinya.

Dengan ini kami mengharap anda semua yang membaca kenyataan ini dapat meluangkan sedikit mase untuk membantu rakan kita ini. Berikanlah sokongan dan semangat untuk Mika agar dapat meneruskan hidupnya seperti sedia kala.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua band band yang terlibat untuk menjayakan maljis ini iaitu Pusher, The Pips, Crossline, Orkes Kaki Kayuh, The Garrison, Priceless Stupid Box dan Witness Of Darkness. Keikhlasan anda amatlah kami hargai.

Majlis bermula dari pukul 1.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Tiket sebanyak rm15(50% akan disalurkan ke Mika).

Kami mengharap anda dapat memberi kerjasama yang terbaik untuk jayakan majlis ini. Terima Kasih.

Sokongan anda amat kami hargai. Terima Kasih

-Embrace Hall-